Monday, December 28, 2009

~7 kalimat~


Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebesar lautan:-


1) Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2) Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3) Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut


4) Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.


5) Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.


6) Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.


7) Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.



Dari tafsir hanafi:-



MUDAH-MUDAHAN INGAT,WALAU LAMBAT-LAMBAT MUDAH-MUDAHAN SELALU,WALAU SAMBIL LALU MUDAH-MUDAHAN JADI BISA,KERANA SUDAH BIASA.

all about ourself...

8 multiple intelligences berdasarkan kajian psychologist Howard Gardner (1983):
a) verbal/linguistic-->word smart:
b) logical/mathematical-->-logic/math smart
c) bodily/kinesthetic-->-body smart
d) naturalist-->nature smart
e) visual/spatial-->art/space smart
f) musical/rhythmic-->music smart
g) interpersonal-->people smart
h) intrapersonal-->self smart


Ada pepatah mengatakan kenali diri anda sebelum anda mengenali orang. Di sini disertakan beberapa kriteria tentang seseorang individu:

1. Pintar Bahasa
*Suka bercerita, berjenaka & bermain teka-teki..
*Menikmati permainan yang menggunakan perkataan
*Menghabiskan masa membaca @ suka membaca
*Boleh mengeja dengan mudah, suka bermain silang kata
*Boleh membaca dan melukis dengan baik

# berpotensi menjadi peguam, pelakon, novelis @ penulis( wartawan )

2. Pintar Logik Angka
*Menikmati corak dan koleksi barangan
*Gemar ujian minda dan permainan komputer
*Bermain dan memikirkan mengenai angka
*Menyelesaikan masalah dalam bentuk angka
*Membentuk eksperimen untuk menguji sesuatu

# berpotensi menjadi akauntan, pengaturcara komputer dan saintis.

3. Pintar Ruang
*Menikmati aktiviti kesenian dan kraf
*Berlakon drama
*Mempunyai bayangan jelas mengenai sesuatu
*Menikmati cantuman gambar
*Gemar melukis dan mencipta

# berpotensi menjadi pelukis, jurubina, pelukis peta dan pengembara.

4. Pintar Pendengaran
*Suka menyanyi
*Menikmati muzik
*Mendengar membuat persembahan muzik
*Bermain alat muzik
*Mengikut rentak muzik

# berpotensi menjadi ahli muzik, penggubah lagu dan penyanyi.

5. Pintar Pergerakan
*Gemar menari dan bersukan
*Menghantar mesej melalui pergerakan badan
*Suka bergiat aktif
*Suka berlakon dan bermain olok-olok( menjadi doktor, guru atau polis )
*Suka membaiki peralatan

# berpotensi menjadi pakar bedah, juruukir dan penari.

6. Pintar Diri
*Seronok bersendirian
*Suka membayangkan sesuatu
*Mempunyai pendapat atau perasaan yang kuat mengenai sesuatu
*Menyimpan catatan harian dan mempunyai hobi yang serius
*Bermotivasi untuk membuat sesuatu

# berpotensi menjadi penyajak, psikologis dan ahli falsafah.

7. Pintar Pergaulan
*Mudah berkawan
*Suka mendampingi orang lain
*Menikmati permainan yang memerlukan kerjasama
*Suka menyelesaikan masalah secara berkumpulan
*Prihatin terhadap orang lain

# berpotensi menjadi ahli politik, kaunselor dan jurujual.


Sepuluh Tabiat Orang Yang berEQ Tinggi

Orang yang mempunyai EQ yang tinggi:
1. Melabelkan persasaannya dan bukan orang lain atau situasi.
"Saya rasa tidak sabar." lawan "Ini tak masuk akal."
"Saya rasa dilukai dan pahit". lawan "Anda orang yang tak peka."
"Saya rasa takut." lawan "Kamu memandu seperti orang bodoh."

2. Membezakan pemikiran dengan perasaan. Pemikiran: Saya berasa seperti...& Saya berasa seakan-akan.... & Saya berasa bahawa
Perasaan: Saya rasa: (perkataan perasaan)

3. Bertanggungjawab atas perasaan sendiri.
"Saya rasa cemburu." lawan "Kamu membuat saya cemburu."

4. Gunakan perasaannya untuk membantu mebuat keputusan.
"Apakah perasaan saya jika saya melakukan ini?"
"Apakah perasaan saya jika saya tidak ..."

5. Menghormati perasaan orang lain.
Bertanya "Apakah perasaan anda jika saya buat ini?"
"Apakah perasaan anda jika saya tidak buat ini."

6. Berasa bertenaga dan bukan marah. Mereka menggunakan apa yang disebut "kemarahan" untuk membantunya berasa bertenaga dan bertindak produktif.

7. Mengesahkan perasaan orang lain. Menunjukkan empati, pertimbangan dan penerimaan akan perasaan orang lain.

8. Berlatih untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negatifnya. Bertanya: "Apakah perasaan saya?"
"Apakah yang boleh membantu saya berasa lebih baik?"
Bertanya orang lain "Apakah perasaan anda?"
"Apakah yang boleh membantu anda berasa lebih baik?"

9. Tidak menasihat, mengarah, mengawal, mengkritik, mengadili atau mensyarahkan orang lain. Mereka menyedari tindakan begitu menimbulkan perasaan yang kurang baik, justeru itu mereka mengelakkan perbuatan tersebut.

10. Tidak menghiraukan orang yang tidak menerima atau menghormati perasaannya. Seboleh-bolehnya, memilih untuk bergaul dengan orang yang mempunyai EQ yang tinggi.

Wednesday, November 18, 2009

Memahami Personaliti....


MEMAHAMI PERSONALITI
Personaliti merupakan satu sifat penting dalam menentukan bagaimana seseorang itu bertindak terhadap sesuatu keadaan. Jenis personaliti pula merujuk kepada individu yang mempunyai kesamaan dari segi sifat.
1. Gelisah
Antara ciri personaliti bagi jenis ini ialah tidak mampu atau tidak berkeupayaan untuk menjadi pemimpin atau pelopor, kurang inovatif, tidak banyak idea dan kurang kritis. Walaubagaimanapun, remaja yang mempunyai personaliti jenis ini masih boleh dibantu untuk berjaya dalam hidup dengan memberi penuh perhatian dan sokongan yang padu.
2. Penyegan atau Penakut
Mudah mengalah, tidak tegas, rendah penghargaan kendiri, kurang keyakinan diri dan tidak menunjukkan kebolehan yang sebenar adalah beberapa ciri bagi personaliti jenis ini. Sekiranya remaja berpersonaliti jenis ini, sokongan dan kerjasama daripada ahli keluarga dan orang terdekat berupaya membantu remaja ini untuk berjaya dalam hidupnya.
3. Antisosial
Remaja yang mempunyai tret seperti mementingkan diri sendiri, bersangka buruk terhadap orang lain dan suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain adalah remaja yang mempunyai ciri personaliti antisosial. Sifat belas kasihan terhadap orang lain jarang wujud dalam dirinya. Hal ini membuatkannya berkecenderungan untuk bertingkah laku zalim. Sifat-sifat sebegini seolah-olah sudah sebati dengan jiwa mereka. Jika tidak ditangani dengan baik pada peringkat awal, sifat sebegini boleh menjadikannya seorang dewasa yang ganas dan mempunyai perkahwinan yang kurang bahagia.