Wednesday, November 18, 2009

Memahami Personaliti....


MEMAHAMI PERSONALITI
Personaliti merupakan satu sifat penting dalam menentukan bagaimana seseorang itu bertindak terhadap sesuatu keadaan. Jenis personaliti pula merujuk kepada individu yang mempunyai kesamaan dari segi sifat.
1. Gelisah
Antara ciri personaliti bagi jenis ini ialah tidak mampu atau tidak berkeupayaan untuk menjadi pemimpin atau pelopor, kurang inovatif, tidak banyak idea dan kurang kritis. Walaubagaimanapun, remaja yang mempunyai personaliti jenis ini masih boleh dibantu untuk berjaya dalam hidup dengan memberi penuh perhatian dan sokongan yang padu.
2. Penyegan atau Penakut
Mudah mengalah, tidak tegas, rendah penghargaan kendiri, kurang keyakinan diri dan tidak menunjukkan kebolehan yang sebenar adalah beberapa ciri bagi personaliti jenis ini. Sekiranya remaja berpersonaliti jenis ini, sokongan dan kerjasama daripada ahli keluarga dan orang terdekat berupaya membantu remaja ini untuk berjaya dalam hidupnya.
3. Antisosial
Remaja yang mempunyai tret seperti mementingkan diri sendiri, bersangka buruk terhadap orang lain dan suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain adalah remaja yang mempunyai ciri personaliti antisosial. Sifat belas kasihan terhadap orang lain jarang wujud dalam dirinya. Hal ini membuatkannya berkecenderungan untuk bertingkah laku zalim. Sifat-sifat sebegini seolah-olah sudah sebati dengan jiwa mereka. Jika tidak ditangani dengan baik pada peringkat awal, sifat sebegini boleh menjadikannya seorang dewasa yang ganas dan mempunyai perkahwinan yang kurang bahagia.

No comments:

Post a Comment